Posts

Showing posts from 2019

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-6 BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI PERMAI PUTERA 2018

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Berikut adalah Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 Badan Pengurusan Pangsapuri Permai Putera 2018.   Bagi mendapatkan  penerangan penuh, m ohon klik di pautan yang disediakan di bawah. Terima kasih. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-6 BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI PERMAI PUTERA 2018

Status Terkini Pembinaan Tembok Pagar Belakang PPA

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Tembok Pagar Belakang PPA kini dalam proses pembinaan semula oleh pihak SUKE.  Sebaik sahaja pagar disiapkan, pihak SUKE akan menerapkan semula tar baru di kawasan belakang PPA yang rosak ekoran kerja-kerja binaan daripada pihak SUKE sebelum ini.

Kerja Pemulihan Kolam Renang Kanak-Kanak

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Untuk makluman bahawa kolam kanak-kanak telah mengalami tahap kerosakan lantai akibat jubin tercabut. Kemungkinan dari masalah ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna terutama kanak-kanak. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, pihak Pengurusan sedang melakukan kerja pemulihan ke atas kolam renang kanak-kanak atau wading pool bermula dari 5 November (Selasa) lalu. Bagi tujuan keselamatan, keselesaan dan melancarkan proses pemulihan ini, kawasan kolam renang termasuk taman permainan ditutup untuk penggunaan selama  2 minggu . Ianya dijangka siap dan akan dibuka kepada penduduk  pada  19 November .  Sekian, Harap maklum 'SAFETY FIRST'  *Gambar-gambar terkini diambil pada 7 November 2019.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2019 (AGM 2019)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama bersama penduduk PPA 2019 akan di adakan pada tarikh dan waktu berikut. Tarikh : 17 NOVEMBER 2019, AHAD Waktu : 9:00AM Tempat : DEWAN SERBAGUNA PPA, GROUND FLOOR Demi kesejahteraan penduduk PPA, kehadiran dari semua pemunya petak (pemilik) adalah amat digalakkan.  Butir-butir mengenai mesyuarat ini akan diumumkan di sini dari masa ke semasa. Sebarang pertanyaan bagi mendapatkan syarat-syarat kehadiran dan proses AGM ini boleh diajukan melalui emel ke ppa.pengurusan@gmail.com atau terus ke kaunter Pejabat Pengurusan. Sekian, Harap maklum.

Pembinaan Semula Tembok Pagar Belakang PPA

Image
Untuk makluman penduduk PPA, kerja-kerja pembinaan semula tembok pagar di bahagian belakang pangsapuri sedang giat dijalankan sejak 28 Oktober. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak kontraktor SUKE (Sungai Besi-Ulu Klang Expressway). Ingin dimaklumkan bahawa proses ini akan mengambil masa kira-kira enam minggu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar awal Disember depan. Sepanjang tempoh pembinaan, penduduk serta anak-anak kecil adalah dilarang dari memasuki kawasan ini.  Bagi menyiapkan kerja dengan lebih cepat, pihak kami diberitahu juga bahawa SUKE memohon untuk melakukan kerja setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Demi kesejahteraan dan keselamatan bersama, kami berharap penduduk maklum dan mempertimbangkan permohonan ini. Sekian,  Terima kasih *Gambar-gambar terkini di ambil pada 7 November 2019.

STATUS TERKINI TINDAKAN BAIKPULIH LIFT PANGSAPURI PERMAI PUTERA

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Berikut adalah status terkini berkenaan lif PPA. Bagi mendapatkan  penerangan penuh, m ohon klik di pautan yang disediakan di bawah. Terima kasih. Klik di sini :   Status Lif PPA 26 Sept 2019 Gambar : Lawatan oleh pihak SIGMA Elevator SB ke motor room bagi penilaian terakhir dan koordinasi kerja pembaikan. 25 September 2019.

NOTIS MAKLUMAN (RFID)

Image
NOTIS PENGAMBILAN PELEKAT KENDERAAN YANG BARU PENDUDUK PANGSAPURI PERMAI PUTERA BOLEH MENGAMBIL PELEKAT RFID DAN TOKEN YANG BARU BERMULA. 5 SEPTEMBER 2019 SEHINGGA 20 SEPTEMBER 2019. SEHUBUNGAN ITU, PENDUDUK DIMINTA MEMBAWA BERSAMA KAD AKSES YANG SAH UNTUK DITUKARKAN DENGAN PELEKAT RFID DAN TOKEN YANG BARU. PENUKARAN PELEKAT RFID DAN TOKEN ADALAH MENGIKUT TERMA DAN SYARAT. Pemilik / Penyewa perlu membawa bersama kad akses yang asal dan SAH sahaja untuk ditukar. Pemilik / Penyewa akan dibekalkan secara percuma PELEKAT RFID untuk kereta ( berdasar berapa bilangan petak kenderaan dimiliki ) dan 2 TOKEN AKSES sahaja. Pelekat hanya boleh digunakan di palang keselamatan laluan masuk Kereta. Manakala token hanya untuk laluan masuk Motosikal, Pejalan Kaki dan Kolam Renang/Taman Permainan. Pelekat Kenderaan ( RFID ) wajib ada pada setiap kenderaan yang memiliki petak parkir di dalam pangsapuri ini. Jika Pihak Pengurusan mendapati ada kereta yang tidak mempunyai pele

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Image
Kibarkan Jalur Gemilang Sempena bulan kemerdekaan.. Permai Putera turut tidak ketinggalan meraikan hari kebangsaan ke 62 negara dengan mengibarkan jalur gemilang..Sebagai rakyat malaysia seharusnya mempunyai kesedaran mengenai kepentingan  hari kemerdekaan. Sebaris dengan tema hari kebangsaan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, Permai Putera juga mengajak penduduk agar sama2 menjaga kawasan ini agar sentiasa selamat, selesa dan damai. Kami daripada pihak JMB dan Pengurusan ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan ke 62. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Image
TAHUKAH ANDA  ? Sebagai penduduk Pangsapuri Permai Putera, tahukah anda bahawa tindakan membela dan membiarkan haiwan seperti kucing dan anjing didalam kawasan PPA adalah menjadi satu kesalahan? Ia sepertimana yang terkandung dalam Peraturan Rumah (HOUSERULES and REGULATIONS) Edisi Edit Ke-2, Mac 2018, Bahagian B, Perkara 2.23 (Pangsapuri dan Kawasan Umum), Binatang Peliharaan dan Hidupan Liar: Penghuni adalah dilarang untuk membina, membela, menyimpan mana-mana haiwan  peliharaan, ternakan sama ada dalam kotak atau kawasan umum tanpa persetujuan bertulis daripada Pihak Pengurusan, dimana persetujuan itu boleh ditahan oleh Pihak Pengurusan atas budi bicara tunggal dan mutlaknya . Oleh demikian adalah ditegaskan tindakan sebahagian penduduk yang gagal mematuhi peraturan juga menyebabkan kawasan kejiranan menjadi kotor dan berbau busuk. Pihak pengurusan memandang serius perkara ini dan kerja-kerja tangkap dan pindah haiwan-haiwan yang didapati berkeliaran di kawasan umum

NOTIS MAKLUMAN (LIFT)

NOTIS MAKLUMAN Untuk makluman semua, lift Pangsapuri Permai Putera sedang dalam proses naiktaraf dan penukaran alat ganti. Oleh demikian pihak pengurusan memohon jasa baik semua penduduk bagi memastikan proses baik pulih dan naik taraf ini berjalan lancar. Antara proses PENUKARAN alat ganti yang dibuat adalah; Penukaran Main Wire Rope 12mm Rope ratio Penukaran Governor Wire Rope 8mm Penukaran Peranti Car Door Locking Semua penukaran ini membabitkan ketiga-tiga lift di PPA dan dijangka mengambil masa seminggu sebaik sahaja alat ganti daripada pihak SIGMA tiba (akan dimaklumkan kemudian) Manakala naiktaraf membabitkan penukaran lantai lift (Lift Bomba) daripada lantai getah kepada lantai besi tahan karat akan dilakukan dalam masa terdekat. Penukaran dan naik taraf ini dibuat selepas mengambil kira kerosakan yang berlaku dan faktor risiko ke atas penduduk andai proses baikpulih ini terus ditunda. Pihak pengurusan memohon maaf atas kelewatan dan sebarang k

Kerja-kerja membaikpulih Atap Bumbung

Image
Kerja-kerja membaikpulih Atap Bumbung Permai Putera.. Kerja baikpulih dijalankan pada 16 Ogos 2019 dan mengambil masa 1 hari untuk disiapkan..

Kerja-kerja menaiktaraf Sistem Palang Automatik.

Image
Kerja-kerja menaiktaraf Sistem Palang Automatik Pangsapuri Permai Putera dan Sistem Palang Automatik dilaluan masuk dan keluar Pejalan Kaki, Motosikal dan juga Kolam Renang. Kerja-kerja naik taraf ini dimulakan pada 22 Julai 2019.

Kerja-kerja baikpulih lantai kawasan kolam

Image
Kerja-kerja membaikpulih lantai kawasan kolam membabitkan keluasan 24 kaki persegi. Kerja baikpulih mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Ia selepas pihak pengurusan mendapati keadaan lantai yang tertanggal dan mampu mendatangkan kecederaan kepada penduduk jika tidak dibaiki dengan segera.

Kerja-kerja Pembinaan Projek Lebuhraya SUKE dibelakang Pangsapuri Permai Putera

Image
Projek pembinaan Lebuhraya SUKE membabitkan sedikit ruang di kawasan belakang PPA. Pihak SUKE sebelum itu telah memaklumkan secara bertulis kepada JMB dan pihak pengurusan mengenai keadaan pagar yang akan dirobohkan dan akan diganti baru sebaik sahaja projek lebuhraya siap. Pihak JMB dan Pengurusan juga telah memohon jasa baik SUKE untuk mencerahkan kawasan hutan disebelah untuk kebaikan orang ramai.
Selamat datang ke Blog rasmi Pangsapuri Permai Putera. Blog ini diwujudkan bagi memberi sebarang informasi yang terkini berkaitan termasuk penyenggaraan dan naiktaraf kemudahan.