TAHUKAH ANDA  ?

Sebagai penduduk Pangsapuri Permai Putera, tahukah anda bahawa tindakan membela dan membiarkan haiwan seperti kucing dan anjing didalam kawasan PPA adalah menjadi satu kesalahan?

Ia sepertimana yang terkandung dalam Peraturan Rumah (HOUSERULES and REGULATIONS) Edisi Edit Ke-2, Mac 2018, Bahagian B, Perkara 2.23 (Pangsapuri dan Kawasan Umum), Binatang Peliharaan dan Hidupan Liar: Penghuni adalah dilarang untuk membina, membela, menyimpan mana-mana haiwan  peliharaan, ternakan sama ada dalam kotak atau kawasan umum tanpa persetujuan bertulis daripada Pihak Pengurusan, dimana persetujuan itu boleh ditahan oleh Pihak Pengurusan atas budi bicara tunggal dan mutlaknya.

Oleh demikian adalah ditegaskan tindakan sebahagian penduduk yang gagal mematuhi peraturan juga menyebabkan kawasan kejiranan menjadi kotor dan berbau busuk.

Pihak pengurusan memandang serius perkara ini dan kerja-kerja tangkap dan pindah haiwan-haiwan yang didapati berkeliaran di kawasan umum sudah dijalankan dari masa ke masa.

Pihak Pengurusan juga memohon kerjasama penduduk dalam menangani masalah ini selain menjadikan kawasan PPA  menjadi lebih bersih daripada najis haiwan.



Popular posts from this blog

NOTIS MAKLUMAN (LIFT)