Posts

Showing posts from August, 2019

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Image
Kibarkan Jalur Gemilang Sempena bulan kemerdekaan.. Permai Putera turut tidak ketinggalan meraikan hari kebangsaan ke 62 negara dengan mengibarkan jalur gemilang..Sebagai rakyat malaysia seharusnya mempunyai kesedaran mengenai kepentingan  hari kemerdekaan. Sebaris dengan tema hari kebangsaan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, Permai Putera juga mengajak penduduk agar sama2 menjaga kawasan ini agar sentiasa selamat, selesa dan damai. Kami daripada pihak JMB dan Pengurusan ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan ke 62. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Image
TAHUKAH ANDA  ? Sebagai penduduk Pangsapuri Permai Putera, tahukah anda bahawa tindakan membela dan membiarkan haiwan seperti kucing dan anjing didalam kawasan PPA adalah menjadi satu kesalahan? Ia sepertimana yang terkandung dalam Peraturan Rumah (HOUSERULES and REGULATIONS) Edisi Edit Ke-2, Mac 2018, Bahagian B, Perkara 2.23 (Pangsapuri dan Kawasan Umum), Binatang Peliharaan dan Hidupan Liar: Penghuni adalah dilarang untuk membina, membela, menyimpan mana-mana haiwan  peliharaan, ternakan sama ada dalam kotak atau kawasan umum tanpa persetujuan bertulis daripada Pihak Pengurusan, dimana persetujuan itu boleh ditahan oleh Pihak Pengurusan atas budi bicara tunggal dan mutlaknya . Oleh demikian adalah ditegaskan tindakan sebahagian penduduk yang gagal mematuhi peraturan juga menyebabkan kawasan kejiranan menjadi kotor dan berbau busuk. Pihak pengurusan memandang serius perkara ini dan kerja-kerja tangkap dan pindah haiwan-haiwan yang didapati berkeliaran di kawasan umum

NOTIS MAKLUMAN (LIFT)

NOTIS MAKLUMAN Untuk makluman semua, lift Pangsapuri Permai Putera sedang dalam proses naiktaraf dan penukaran alat ganti. Oleh demikian pihak pengurusan memohon jasa baik semua penduduk bagi memastikan proses baik pulih dan naik taraf ini berjalan lancar. Antara proses PENUKARAN alat ganti yang dibuat adalah; Penukaran Main Wire Rope 12mm Rope ratio Penukaran Governor Wire Rope 8mm Penukaran Peranti Car Door Locking Semua penukaran ini membabitkan ketiga-tiga lift di PPA dan dijangka mengambil masa seminggu sebaik sahaja alat ganti daripada pihak SIGMA tiba (akan dimaklumkan kemudian) Manakala naiktaraf membabitkan penukaran lantai lift (Lift Bomba) daripada lantai getah kepada lantai besi tahan karat akan dilakukan dalam masa terdekat. Penukaran dan naik taraf ini dibuat selepas mengambil kira kerosakan yang berlaku dan faktor risiko ke atas penduduk andai proses baikpulih ini terus ditunda. Pihak pengurusan memohon maaf atas kelewatan dan sebarang k

Kerja-kerja membaikpulih Atap Bumbung

Image
Kerja-kerja membaikpulih Atap Bumbung Permai Putera.. Kerja baikpulih dijalankan pada 16 Ogos 2019 dan mengambil masa 1 hari untuk disiapkan..

Kerja-kerja menaiktaraf Sistem Palang Automatik.

Image
Kerja-kerja menaiktaraf Sistem Palang Automatik Pangsapuri Permai Putera dan Sistem Palang Automatik dilaluan masuk dan keluar Pejalan Kaki, Motosikal dan juga Kolam Renang. Kerja-kerja naik taraf ini dimulakan pada 22 Julai 2019.