Pembinaan Semula Tembok Pagar Belakang PPA
Untuk makluman penduduk PPA, kerja-kerja pembinaan semula tembok pagar di bahagian belakang pangsapuri sedang giat dijalankan sejak 28 Oktober. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak kontraktor SUKE (Sungai Besi-Ulu Klang Expressway).
Ingin dimaklumkan bahawa proses ini akan mengambil masa kira-kira enam minggu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar awal Disember depan. Sepanjang tempoh pembinaan, penduduk serta anak-anak kecil adalah dilarang dari memasuki kawasan ini.
Bagi menyiapkan kerja dengan lebih cepat, pihak kami diberitahu juga bahawa SUKE memohon untuk melakukan kerja setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Demi kesejahteraan dan keselamatan bersama, kami berharap penduduk maklum dan mempertimbangkan permohonan ini.
Sekian,
Terima kasih
*Gambar-gambar terkini di ambil pada 7 November 2019.