Posts

Showing posts from November, 2019

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-6 BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI PERMAI PUTERA 2018

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Berikut adalah Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 Badan Pengurusan Pangsapuri Permai Putera 2018.   Bagi mendapatkan  penerangan penuh, m ohon klik di pautan yang disediakan di bawah. Terima kasih. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-6 BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI PERMAI PUTERA 2018

Status Terkini Pembinaan Tembok Pagar Belakang PPA

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Tembok Pagar Belakang PPA kini dalam proses pembinaan semula oleh pihak SUKE.  Sebaik sahaja pagar disiapkan, pihak SUKE akan menerapkan semula tar baru di kawasan belakang PPA yang rosak ekoran kerja-kerja binaan daripada pihak SUKE sebelum ini.

Kerja Pemulihan Kolam Renang Kanak-Kanak

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Untuk makluman bahawa kolam kanak-kanak telah mengalami tahap kerosakan lantai akibat jubin tercabut. Kemungkinan dari masalah ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna terutama kanak-kanak. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, pihak Pengurusan sedang melakukan kerja pemulihan ke atas kolam renang kanak-kanak atau wading pool bermula dari 5 November (Selasa) lalu. Bagi tujuan keselamatan, keselesaan dan melancarkan proses pemulihan ini, kawasan kolam renang termasuk taman permainan ditutup untuk penggunaan selama  2 minggu . Ianya dijangka siap dan akan dibuka kepada penduduk  pada  19 November .  Sekian, Harap maklum 'SAFETY FIRST'  *Gambar-gambar terkini diambil pada 7 November 2019.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2019 (AGM 2019)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama bersama penduduk PPA 2019 akan di adakan pada tarikh dan waktu berikut. Tarikh : 17 NOVEMBER 2019, AHAD Waktu : 9:00AM Tempat : DEWAN SERBAGUNA PPA, GROUND FLOOR Demi kesejahteraan penduduk PPA, kehadiran dari semua pemunya petak (pemilik) adalah amat digalakkan.  Butir-butir mengenai mesyuarat ini akan diumumkan di sini dari masa ke semasa. Sebarang pertanyaan bagi mendapatkan syarat-syarat kehadiran dan proses AGM ini boleh diajukan melalui emel ke ppa.pengurusan@gmail.com atau terus ke kaunter Pejabat Pengurusan. Sekian, Harap maklum.

Pembinaan Semula Tembok Pagar Belakang PPA

Image
Untuk makluman penduduk PPA, kerja-kerja pembinaan semula tembok pagar di bahagian belakang pangsapuri sedang giat dijalankan sejak 28 Oktober. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak kontraktor SUKE (Sungai Besi-Ulu Klang Expressway). Ingin dimaklumkan bahawa proses ini akan mengambil masa kira-kira enam minggu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar awal Disember depan. Sepanjang tempoh pembinaan, penduduk serta anak-anak kecil adalah dilarang dari memasuki kawasan ini.  Bagi menyiapkan kerja dengan lebih cepat, pihak kami diberitahu juga bahawa SUKE memohon untuk melakukan kerja setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Demi kesejahteraan dan keselamatan bersama, kami berharap penduduk maklum dan mempertimbangkan permohonan ini. Sekian,  Terima kasih *Gambar-gambar terkini di ambil pada 7 November 2019.